
Beratnya cuma lebih sedikit daripada satu kilogram, namun hati anda merupakan ‘kilang’ kimia yang kompleks dan bekerja 24 jam sehari. Ia memproses apa yang dimakan, diminum, disedut dari udara atau disapu pada kulit. Malah, hati melakukan lebih 500 fungsi yang sangat penting kepada kehidupan.1







Penyakit hati bukan sahaja mengurangkan fungsi hati yang normal tetapi juga menyebabkan keletihan. Keletihan merupakan simptom yang paling biasa berlaku kepada mereka yang mengidap penyakit hati dan memberi kesan yang ketara terhadap kualiti hidup mereka.
Ujian darah, pengimejan, biopsi hati atau endoskopi boleh dilakukan untuk mengesan penyakit hati1. Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala agar dapat mengesan penyakit hati di peringkat awal.


Melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kolesterol. Senaman juga dapat membantu mengawal metabolisme badan anda dan mengurangkan lemak hati.

Diet tinggi nutrient, menyeluruh yang kaya serat, protein, dan lemak tak tepu biasanya disyorkan untuk pesakit dengan penyakit hati.

Alkohol boleh mempercepatkan pembentukan lemak hati dan keradangan hati.
Heptral® mengandungi ademetionin yang juga dikenali sebagai S-adenosyl-L-methionine (SAMe) sebagai bahan aktif yang dapat membantu menyokong kesihatan hati.
Heptral® diindikasikan untuk rawatan kolestasis intrahepatic dalam keaadaan pra-sirosis dan semasa kehamilan bagi golongan orang dewasa. Heptral® juga dapat membantu melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.
SAMe bertindak sebagai pendahulu bagi pembentukan antioksidan dalam hati. SAMe membantu menyokong fungsi hati dan melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.



1 – 3 tablet setiap hari, atau seperti yang ditetapkan oleh pegawai kesihatan anda.

Setiap tablet mengandungi 500mg Ademetionin.
Boleh didapati di semua farmasi terkemuka.